Pada hari ini buat pertama kali saya menghadiri ceramah penjagaan diabetes semasa bulan ramadhan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Masni Mohamad, Pakar Perubatan Endokrinologi, Hospital Putrajaya. Dihadiri sekitar 30 orang peserta bermula jam 9.15 pagi hingga 10.30 pagi.
Menurut statistik pada tahun 2004, sekitar 3.9 juta atau 14.9% penduduk Malaysia mengidap kencing manis (diabetes), dan dalam kajian terkini (2010), jumlah menderita sudah mencapai hampir 5 juta atau 22% rakyat Malaysia mengidap Kencing Manis dengan peratusan tertinggi adalah dikalangan orang Melayu. Faktor utama penyebab kencing manis ialah makanan dan kurang bersenam.
Di dunia, fenomena kencing manis meningkat lima kali ganda dalam masa 15 tahun. Data tahun 1985 ialah 30 juta pengidap fenomena kencing manis, meningkat menjadi 150 juta pada tahun 2000.
Setelah mendengar ceramah dan membuat beberapa rujukan, saya berpendapat kencing manis bukanlah suatu penyakit. Saya mengkategorikannya sebagai fenomena. Samalah seperti cuaca dingin, panas dan terlalu panas. Cuaca diukur melalui alat ukur suhu dan dalam darjah Fahrenheit (F) atau Celcius (C). Suhu normal di Malaysia ialah sekitar 25 darjah Celcius. Dalam kencing manis pun fenomena diukur daripada kandungan gula dalam darah biasanya dalam unit mmol/L. Jika selepas melaksanakan OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) kadar gula kurang dari 6.1 mmol/L anda dianggap normal dan selepas 2 jam mengambil glukos, bacaan kadar gula dalam darah anda berada di bawah paras 7.8 mmol/L, anda dikatakan normal atau tiada fenomena kencing manis. Anda akan dikategorikan sebagai pengidap kencing manis jika bacaan dalam ujian OGTT melebihi 7.0 mmol/L dan selepas 2 jam pengambilan glukos ialah melebihi 11.1 mmol/L.
Dalam forum ini, berdasarkan bacaan dan konsultasi dengan pakar saya akan cuba menulis mengenai fenomena senyap tetapi merugikan kehidupan kita ini dan marilah kita sama-sama menjaga agar fenomena ini tidak berlanjutan.
Kasiat daun misai kucing
ReplyDeleteHampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong....300 gram sy jual rm35..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.
ReplyDelete